Sunday 5 January 2014

Minggu Pertama Kuliah Kini Bermula!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat rakan rakan K82 sekalian.

Esok, 6 Januari 2014 bersamaan hari Isnin maka bermulalah kembali rutin kita semua sebagai Pelatih Pembantu Perubatan (PMA) bagi semester yang baru ini.

Warga Admins Blog ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya buat rakan-rakan sekalian! All the best untuk kuliah - kuliah yang akan datang sepanjang semester ini! :)

P/s : Admins juga ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat semua rakan yang lahir pada Bulan Januari ini. 

" Berilmu, Beramal & Berbakti "




Friday 3 January 2014

Majlis Tertinggi Kelas (MTK) Semester 3

Pemilihan Dibuat Majoriti Kelas,
Tugas & Amanah Akur Digalas,
Gabungan Johor & Sabah Bersama,
Moga Kepimpinan Mantap Berwibawa,
Sepakat Menghadapi Halangan Mendatang,,
Moga MTK & Kumpulan 82 Terus Cemerlang!  

Sekalung ucapan Tahniah & Syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan MTK baru bagi semester ini!! Semoga kepimpinan yang diterajui oleh Penghulu kita yang baru iaitu Saudara Haqim Yazid dan Mohd Saifulnizam, selaku Timbalan Penghulu serta saudari Norsalmee Abustang selaku Penghuluwati dapat memantapkan lagi Kumpulan 82.

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang memberi sepenuh kerjasama sepanjang proses pemilihan MTK baru dijalankan. Diharap kita semua akan dapat bersama bekerjasama untuk meningkatkan kecemerlangan diri, serta nama kumpulan. :)

"Berilmu, Beramal & Berbakti"



 

Thursday 2 January 2014

Hari Pertama Tahun 2 semester 1

Majlis Pelantikan Majlis Tertinggi Kelas (MTK) Baru .

Pada hari ini iaitu 2 Januari 2014 telah berlaku pemilihan Majlis Tertinggi Kelas (MTK) yang baru. Pemilihan MTK ini sudah menjadi tradisi bagi Kumpulan 82, Kolej Pembantu Perubatan Seremban pada setiap penggal semester yang baru. Semua carta organisasi telah dirombak semula kecuali jawatan Bendahari yang berkaitan dengan kewangan kelas sahaja dikekalkan.

Terdapat beberapa keping gambar yang ingin dikongsikan sepanjang pemilihan MTK ini dijalankan